Wednesday, September 17, 2008

Hasad Dengki


Assalamualaikum......

Hasad dengki ialah perasaan yang sukar dinafikan daripada diri manusia. Hasad dengki jika dibiarkan akan bertukar menjadi dendam, seterusnya merosakkan hati seseorang. Justeru amat berbahaya jika rasa ini dibiarkan berada dalam hati.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,“Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dengan dengki.” (riwayat Ibnu Hibban & Al-Baihaqi) Hasad dengki diumpamakan seperti api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu. Jika perasaan dengki masih dalam diri, itu menunjukkan bahawa iman seseorang itu belum sempurna, malah itu adalah sifat diwarisi daripada syaitan. Na’uzubillah